Kebaikan menggunakan K-FuelSaver™

  • Menjimatkan penggunaan bahan api
  • Meningkatkan kuasa
  • Membantu meningkatkan kualiti bahan api
  • Membantu meningkatkan oktana
  • Membantu mengurangkan endapan karbon
  • Membantu mengurangkan pengeluaran asap
  • Membantu menghapuskan “knock” dan “ping”
  • Mudah digunakan
  • Ekonomi
  • 100% selamat

Apakah itu K-FuelSaver™?
K-FuelSaver™ adalah aditif bahan api yang menggunakan 100% bahan karbon aktif pekat yang berbentuk tablet. Ia adalah mudah dan selamat untuk digunakan. K-FuelSaver™ bertindak sebagai mangkin pembakaran yang boleh membantu enjin kenderaan anda membakar bahan api dengan lebih cekap.

Para pengguna K-FuelSaver™
K-FuelSaver™ adalah dijual di seluruh dunia seperti Amerika Syarikat, Eropah dan Asia dalam pelbagai bahasa. Para pengguna K-FuelSaver™ termasuklah golongan awam, pihak kerajaan, tentera, perbadanan korporat dan juga industri sukan perlumbaan bermotor.

Apakah cara penggunaan K-FuelSaver™ ?
Buka penutup tangki bahan api dan masukkan 1 tablet K-FuelSaver™ ke dalam tangki dengan meletakkannya di atas perangkap bahan api. Semasa anda memasukkan nozel untuk mengisi minyak, perangkap bahan api akan dibuka dan tablet itu akan jatuh ke dalam tangki. Bukan semua kereta mempunyai perangkap bahan api, maka anda haruslah berhati-hati dan jangan masukkan bahan lain selain daripada tablet berkenaan.

Berapa banyak liter petrol / diesel yang boleh digunakan untuk 1 tablet K-FuelSaver™?
1 tablet boleh digunakan untuk 30 liter petrol atau diesel.

Berapa lamakah masa yang diambil oleh K-FuelSaver™ untuk bertindak?
K-FuelSaver dapat bertindak dengan segera setelah ia larut. Dalam masa 1 jam, tablet bahan api akan larut secara keseluruhannya bergantung kepada suhu, bahan api, pergerakan kenderaan dan faktor-faktor yang lain.

Apakah faktor-faktor yang boleh mempengaruhi tempoh masa keterlarutan K-FuelSaver™?
Tempoh masa keterlarutan K-FuelSaver bergantung kepada suhu, bahan api, pergerakan kenderaan dan faktor-faktor yang lain.

Bagaimanakah K-FuelSaver™ berfungsi?
K-FuelSaver berfungsi dalam pelbagai cara untuk membantu meningkatkan pembakaran dan prestasi bahan api.

  • Membantu dalam peningkatan kuasa disebabkan peningkatan kadar pembakaran bahan api di mana ia dapat meningkatkan tekanan kepada omboh (piston).
  • Menyebabkan pembakaran bahan api secara keseluruhan di mana ia dapat membantu dalam penjimatan dan mengurangkan penghasilan bahan pencemaran.
  • Meningkatkan oktana petrol yang boleh menghapuskan “pre-ignition” (ketukan)
  • Mengurangkan suhu di mana endapan-endapan karbon akan dibakar supaya enjin anda boleh menghapuskan endapan-endapan “power robbing” semasa penggunaan enjin biasa.

Adakah K-FuelSaver™ boleh merosakkan enjin atau membatalkan jaminan kenderaan saya?
Tidak! K-FuelSaver telah diuji oleh pihak berkuasa automotif yang terkemuka di Amerika Syarikat dan Eropah. Ujian-ujian telah membuktikan bahawa K-FuelSaveradalah selamat untuk digunakan oleh enjin jenis petrol dan diesel. Ia tidak akan merosakkan enjin, sistem bahan api, “power train” atau alat-alat kawalan pencemaran lain. Ia juga tidak akan membatalkan jaminan bagi kereta baru atau terpakai. Ia adalah produk berdaftar EPA dan digunakan secara meluas oleh kenderaan-kenderaan di seluruh dunia.

Apakah kebaikan-kebaikan K-FuelSaver™ ?


Kebaikan ekonomi

Membantu dalam peningkatan kadar pembakaran bahan api, meningkatkan kuasa bahan api dan mengurangkan penggunaan bahan api.

Menambahkan kuasa

Bertindak sebagai mangkin pembakaran berkesan yang boleh meningkatkan kuasa dengan cepat.

Selamat digunakan

Ia menggunakan 100% bahan karbon aktif pekat yang tidak mengandungi sebarang bahan kotoran yang boleh menyebabkan kerosakan enjin atau bahagian-bahagian mekanikal yang lain.

Kos penjagaan yang rendah

Membantu dalam mengurangkan endapan-endapan karbon, meningkatkan oktana, mengurangkan “knock” dan “ping”, memanjangkan jangka hayat enjin dan bahagian-bahagian mekanikal yang lain

Mesra alam

Membantu dalam mengurangkan penghasilan bahan pencemaran udara.

Berapa banyakkah yang boleh saya jimat dengan 1 tablet K-FuelSaver™ ?
Anda boleh jimat sebanyak 12%-15% bahan api, bergantung kepada pergerakan dan jenis kenderaan dan juga jenis bahan api yang anda gunakan.

Adakah terdapat sebarang insurans atau jaminan untuk para pengguna?
K-FuelSaver™ memiliki liabiliti produk yang bernilai USD $1 juta.

Jika saya berhenti menggunakan K-FuelSaver™ untuk kereta saya, adakah ini akan menjejaskan fungsi kereta saya?
K-FuelSaver ™ telah diuji oleh pihak berkuasa automotif yang terkemuka di Amerika Syarikat dan Eropah. Ia direka khas untuk meningkatkan prestasi bahan api sahaja. Maka, ia tidak akan menghasilkan sebarang kesan sampingan terhadap enjin anda.

Saya menggunakan aditif bahan api jenama lain dari syarikat berlainan selama ini, adakah ini akan mempengaruhi kereta saya jika saya bertukar untuk menggunakan produk anda sekarang?
Kami tidak dapat memberikan maklumat mengenai produk dari syarikat lain. Tetapi K-FuelSaver ™ telah diuji oleh pihak berkuasa automotif yang terkemuka di Amerika Syarikat dan Eropah di mana ia dibuktikan dapat meningkatkan kualiti bahan api dan tidak menghasilkan sebarang kesan sampingan terhadap kenderaan anda. Maka, anda boleh menggunakannya dengan selamat.

Bolehkah K-FuelSaver™ digunakan oleh motosikal?
Boleh. Anda boleh menggunakan K-FuelSaver ™ mengikut muatan tangki bahan api anda. Anda tidak perlu gunakan 1 tablet sepenuhnya.

Bolehkah K-FuelSaver™digunakan kepada mesin-mesin yang lain?
Disebabkan harga bahan api yang kian meningkat, maka K-LINK International telah memperkenalkan produk K-FuelSaver ™ ini. Mengenai perkara tersebut, produk kami hanya bertumpu kepada kenderaan bermotor sahaja.

Berapa biji tablet yang terdapat dalam 1 unit K-FuelSaver™?
1 unit mengandungi 10 biji tablet.

Berapa jenis bungkusan yang berada di pasaran?
Untuk kemudahan anda, K-LINK International hanya menghasilkan 1 jenis bungkusan sahaja.

Di manakah saya boleh beli K-FuelSaver™? (Adakah ia boleh didapati di pasaraya?)
Anda hanya boleh membelinya samada dari pengedar, stokis mobil atau stokis K-LINK International.

Siapakah yang boleh saya hubungi sekiranya saya mempunyai sebarang pertanyaan berkenaan K-FuelSaver™?
Anda boleh menghubungi talian bebas K-FuelSaver™ di 1800-88-9500. Waktu operasi talian: dari 10 pagi hingga 6 petang untuk hari Isnin hingga Jumaat. 10 pagi hingga 2 petang untuk hari Sabtu.
Anda juga boleh menghubungi (603) 7948 2333 untuk sebarang pertanyaan lain mengenai K-LINK International atau produk-produk yang lain.

Bagaimanakah saya boleh menuntut gantirugi sekiranya saya menghadapi sebarang masalah dalam penggunaan K-FuelSaver™?
Sekiranya kenderaan anda menghadapi masalah semasa menggunakan K-FuelSaver™ , anda boleh terus menghubungi K-LINK International dengan segera. Kami akan menyediakan perkhidmatan dan bantuan yang terbaik untuk anda.

 

 

Tips

 

Elakkan permulaan tekanan minyak yang cepat
Cara pemanduan yang agresif (menekan minyak dan brek yang terlalu kerap) akan membazirkan bahan api. Elakkan daripada memulakan tekanan minyak dengan cepat boleh mengurangkan perbatuan bahan api secara dramatik sebanyak 30% atau lebih. Maka, pandulah secara lancar dan mulakan perjalanan anda dengan baik.


Jangan mengisi penuh tangki anda
Berhenti mengisi apabila tanda pemberhentian pengisian automatik berfungsi. Pengisian bahan api sehingga ke penutup tangki boleh menyebabkan bahan api melimpah keluar dan seterusnya menyebabkan pembaziran dan membahayakan alam sekitar.


Memerhatikan Tahap Kelajuan
Anda mungkin suka merasai kelajuan, terutamanya di lebuhraya, tetapi pemanduan yang cepat boleh meningkatkan penggunaan bahan api secara dramatik.
Mengurangkan Rintangan Angin
Kereta anda mempunyai bendera kecil yang terbang di cermin depan atau tingkap belakang? Mempunyai rak bumbung atau pembawa? Tanggalkannya melainkan anda memerlukannya kerana ia menambahkan berat dan rintangan angin kenderaan anda.
Jaga Kaki Anda
Jauhkan kaki kanan anda dari brek, ia boleh menyebabkan seretan dan mengurangkan perbatuan bahan api. Ia juga boleh menghauskan brek anda dengan lebih cepat (membazirkan wang anda) dan ia juga boleh mengelirukan pemandu di belakang anda.


Bersihkan kenderaan anda
Berat yang berlebihan boleh menjadi semakin bertambah sekiranya ia tidak dibersihkan, malah ia juga boleh meningkatkan beban penggunaan bahan api. Bergerak dengan 40kg lebihan berat boleh mengurangan perbatuan sebanyak 1-2% bergantung kepada berat kenderaan, tetapi setiap benda kecil boleh menambahkan berat. Pengurangan ini adalah berasaskan peratusan berat lebihan relatif kepada berat kenderaan dan ia lebih mempengaruhi kenderaan kecil berbanding dengan kenderaan besar.
Tayar
Anda boleh mempertingkatkan perbatuan bahan api anda sebanyak 3.3% dengan mengekalkan tekanan yang sesuai kepada tayar anda. Periksa tekanan udara dengan kerap (ini juga merupakan satu petua keselamatan) – tekanan udara yang rendah boleh mengurangkan perbatuan dengan 0.4% untuk setiap penurunan 1 PSI di tekanan pada semua empat tayar, dan lebih teruk, ia boleh menyebabkan tayar menjadi terlalu panas dan meletup.

Palam Cucuhan
Memperbaiki palam boleh menyebabkan enjin anda membakar lebih banyak udara dan bahan api yang dibekalkan kepadanya. Ini boleh mengurangkan pembaziran bahan api dengan melengkapkan pembakaran bahan api yang dibekalkan kepadanya. Berbanding dengan penggunaan bahan api, kos penggantian palam cucuhan semestinya adalah lebih berbaloi.

 

sebarang pertanyaan atau untuk mendapatkan
produk ini sila hubungi :

afizul b ariffin / ema malini
0126545801 / 0197373663
JOHOR-pasir gudang,plentong,johor jaya,permas jaya,johor bahru

Farizal b. ariffin- 019-2481121
KUALA LUMPUR/SELANGOR/KLANG VALLEY-KEPONG,SELAYANG,GOMBAK,SG. BULOH,RAWANG DAN SEWAKTU DENGANNYA..

***kami juga menyediakan khidmat hantaran secara byhand (runner/despatch)

 

 

Website Template by Interspire